Friday, 27 March 2015

news.jpg

            


         Menurut J.B Wahyudi berita adalah satu huraian tentang sesuatu fakta mahupun pendapat yang didalamnya terkandung nilai-nilai berita dan telah dipamerkan melalui medium yang digelar media massa. Manakala, menurut Mochtar Lubis berita merupakan apa-apa sahaja yang ingin diketahui oleh masyarakat untuk membacanya. Charles A. Dana pula mentakrifkan berita iaitu satu laporan dimana setiap saat ataupun sesuatu berita yang terbaik untuk menarik minat pembaca untuk membacanya.
          Seluruh dunia telah berubah apabila munculnya pelbagai teknologi yang menunjukkan kemampuan manusia dalam mencipta sesuatu yang baru. Begitu juga dengan berita, dahulunya berita yang diperolehi oleh ibu-bapa kita hanya di surat khabar, tetapi kini semuanya telah berubah apabila munculnya istilah ‘Dunia Di Hujung Jari’. Kemunculan berita “online’’ pada masa kini jua telah mengubah gaya, tingkahlaku kita dalam berkomunikasi. Boleh dikatakan hampir kesemua akhbar telah boleh diakses hanya menggunakan internet. Sebagai contoh, Utusan, The Star, Harian Metro, dan sebagainya telah berubah ke arah berita secara “online”.


          Munculnya berita “online” ini juga telah menjimatkan masa manusia dan juga wang ringgit. Masyarakat juga tidak perlu menghabiskan wang ringgit dengan melanggan akhbar pada setiap bulan. Selain itu juga, Maklumat yang diperoleh melalui berita “online” ini dapat diperoleh secara percuma dengan mempamerkan berita-berita terkini yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kelebihan yang seterusnya berita ‘online’ iaitu berita yang disampaikan tersusun mengikut segmen-segmen yang telah ditetapkan. Disamping itu juga, berita “online” ini dapat mempamerkan informasi yang berbentuk video mahupun audio. Dari situ juga, sebagai pembaca mereka juga telah diberi kelebihan berbanding suratkhabar yang bercetak. Disamping itu juga, jika bahan bacaan yang dibaca melalui berita ‘online’ itu bermanfaat, ia dapat dikongsi melalui jaringan sosial pada masa kini seperti Facebook , Twitter dan sebagainya dengan hanya menekan button ‘share’. Dari situ juga, pembaca yang lain dapat memperoleh manfaat daripadanya.
    

          Disamping kelebihan, terdapat juga kekurangan berita ‘online’ ini, antaranya ialah para pembaca tertanya-tanya pengesahan berita tersebut sama ada ianya benar ataupun salah. Sebagai contoh,  baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kepalsuan berita kematian seorang pelakon dan pelawak tanah air yang dikenali sebagai Mr. Os telah meninggal dunia. Hakikatnya, beliau masih hidup dan sihat walafiat. Kes sebegini boleh mengundang  ketidakselesaan kepada ahli keluarga beliau dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada mereka yang meminati beliau.




        Disamping itu juga, komen- komen negatif dan sensitif juga boleh mendatang kesan kepada pelbagai pihak. Sebagai contoh isu yang paling hangat diperkatakan pada masa kini iaitu hukum Allah, hudud.    Seorang wanita dikenali sebagai Aisyah Tajuddin telah menghina perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan baru-baru ini menerusi laman youtube.











        Semestinya, masyarakat di luar sana sebagai pembaca mempunyai pandangan dan pendapat mereka berkenaan isu yang dikeluakan oleh pihak akhbar online. Seperti komen negatif yang boleh mendatangkan kemarahan semua pihak, mungkin pembaca itu juga boleh dikenakan tindakan dan sebagainya.
     
        Setiap pembaca mempunyai media pilihan hati yang tersendiri. Tetapi bagi ahli kumpulan kami, kami lebih memfokuskan kepada media “online’’ Sinar Harian Online. Seperti kebanyakan ramai yang mengetahui bahawa sumber Sinar Harian Online lebih telus dan padat.





       Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, dalam laporan Aleia.com Sinar Harian Online merupakan media online yang menjadi tumpuan dan minat utama para pembaca. Disamping itu juga maklumat yang telah diperoleh telah merekodkan bahawa Sinar Harian Online telah berada di tangga ke-20 daripada 500 laman web yang menjadi perhatian rakyat Malaysia.
     
      Sebagai kesimpulannya, media online mempunyai kesan negartif mahupun positif. Kita sebagai pembaca juga memainkan peranan semasa mengunjungi laman web media online tersebut.

 Rujukan:


Sunday, 15 March 2015

Kemunculan tekonologi yang canggih pada masa kini telah banyak meringankan beban manusia. Sebagai contoh, tekonologi robot yang dihasilkan oleh manusia, merupakan suatu tahap pencapaian yang agak menarik. Robot dapat diistilahkan sebagai alat yang dapat melakukan kerja-kerja spesifik yang tidak mengenal erti lelah, penat dan bosan. Begitulah manfaat daripada penghasilan robot.