Sunday, 10 May 2015

Bila Isu Semasa Diviralkan Di Media Sosial

Video ini dihasilkan bagi tujuan melengkapkan tugasan bagi subjek SSK3054 Teknologi Komunikasi Manusia Terkini. Secara ringkasnya, penceritaan dalam video ini berkaitan dengan isu semasa yang sering diviralkan di media sosial yang belum terbukti kesahihannya. Diharap video ini akan memberi sedikit pengajaran kepada penonton. :D
 Video ini boleh dilawati di YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=xqT0J2qYiOA

Saturday, 9 May 2015

Blogging VS Vlogging


Dahulu, ramai generasi yang hidup dalam dunia teknologi moden ini menggunakan blog sebagai menzahirkan atau meluarkan emosi dan idea mereka. Namun kini, sungguhpun blog menjadi kegunaan sebahagian pengguna tegarnya Vlog juga menjadi suatu medium meluahkan emosi secara terus dengan melakukan rakaman video yang berdurasi dengan minimum 60 saat meluahkan apa yang ingin diperkatakan dan dikongsikan.

Persoalan, pada pendapat anda...

Antara blog dan vlog mana yang anda pilih? Nyatakan sebab anda.

Apakah perkongsian yang akan anda berikan dalam medium sosial dinyatakan anda dalam soalan di atas?


Game and Gaming

Main ialah satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara langsung. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi ditetapkan dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur.

Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan. Selain itu juga permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.
Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah. Boleh juga seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan.


Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain.

Permainan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
·         Permainan berasaskan kemahiran
·         Permainan berasaskan strategi
·         Permainan berasaskan nasib
Sesetengah permainan pula menggabungkan dua atau tiga elemen di atas.
Contoh-contoh permainan ialah:
·         Catur dan dam
·         Congkak
·         Daun terup
·         Gasing
·         Guli
·         Kapal terbang kertas
·         Layang-layang
·         Tarik tali
·         Yo-yo



Ada juga permainan yang berasaskan komputer seperti:
·         Chrono Trigger
·         Minesweeper
·         Pac-Man
·         Tekken
·         dota 2




Persoalan, pada pendapat anda...

Permainan apakah yang anda gemari? Permainan tradisional atau komputer?

Adakah kegemaran anda terhadap suatu permainan ini akan menyebabkan anda kurang bergaul dengan komuniti?

Seandainya anda mempunyai sebuah keluarga yang besar, permainan apakah yang akan anda wariskan kepada generasi akan datang?

Tuesday, 5 May 2015

Blog Yang Disukai dan Blog Yang Tidak Disukai

Blog. Kebiasaannya digunakan sebagai diari harian bagi mereka yang minat menggunakan kemudahan sosial dalam dunia siber ini. Pengalaman harian dalam setiap apa yang dilalui pasti akan dikongsikan dalam laman blog individu dan menjadi kepastian apabila setiap apa yang kita titipkan dalam penulisan blog akan menjadi perhatian dan tatapan pengunjung ke dalam blog kita. Sebahagian individu dapat menjadikan blog sebagai sumber rujukan bahan-bahan tertentu yang mempunyai kaitan dengan bahan akademik yang diperlukan oleh pelajar atau pengajar. Perkongsian bahan akademik, pengalaman dalam melakukan sesuatu dan sebagainya akan dihargai dan dapat dirasai bersama. Sebagai contohnya, seorang pengguna blog berkongsi bahan akademik seperti Sejarah yang sukar ditemui dimana-mana perpustakaan awam yang hanya dapat ditemui di perpustakaan atau arkib luar negara dapat digunakan bersama oleh pengguna blog yang minat atau melakukan penyelidikan tentang Sejarah untuk melihat bahan yang ditemui atau diperoleh pengguna terbabit dan menjadi sebagai bahan rujukan untuk pengajaran atau penyelidikan mereka, maka wujudlah komunikasi di antara mereka sama ada untuk bertemu untuk melihat bahan terbabit atau mendapatkan informasi mengenai bahan tersebut.

Namun, tidak semua pengguna blog menggunakan blog sebagai medium penyampaian maklumat atau perkongsian sumber. Ada sebahagian sumber menggunakan blog sebagai medium untuk mengutuk, mengeji, serta mempunyai sentimen yang berbaur perkauman yang mampu menggugat kestabilan negara dan sebagainya. Perkara-perkara  ini menjadi kritikan hebat serta mendapat pemantauan hebat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Kementerian Penerangan dan Komunikasi Malaysia untuk berganding bahu dalam mendakwa mana-mana individu yang menerapkan  unsur-unsur fitnah (slander) ke atas individu lain. Maka mereka akan di dakwa dibawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957. Akta ini mendakwa mana-mana individu yang boleh menggugat keharmonian negara mahupun ingin menjatuhkan maruah antara individu yang lain.

Antara blog yang kurang disukai adalah blog yang dibawah ini. Blog ini menzahirkan pendapat sebelah pihak dan tidak mendapatkan sumber yang sahih mengenai kewujudan atau kehadiran seorang kartunis yang dijemput hadir ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menyampaikan perkongsian mengenai idea penulisan komik yang diinterpretasikan melalui lukisan kartun. Kartunis Zunnar dijemput oleh beberapa orang pensyarah dari Program Kajian Politik dan Pemerintahan bagi berkongsi pandangan mengenai penyampaian emosi atau pendapat melalui karikatur. Permasalahan yang timbul apabila pemilik akaun blog ini hanya memandang dan memperoleh pendapat daripada sebelah pihak sahaja. Hanya melihat laman Facebook Zunnar Kartunis Fans Club terus mengeluarkan pendapat bahawa individu ini menyebarkan dakyah pembangkang kerana kartunis ini seorang ahli pembangkang. Turut terpalit sekali pensyarah UNIMAS yang menjemput kartunis ini Prof. Madya Dr. Andrew Aeria dan Dr. Mohd Faisal Syam Abdol Hazis kerana mereka juga dikatakan orang kuat pembangkang. Penulis berpendapat, dalam dunai pembelajaran kita perlu tahu agenda kedua-dua belah pihak. Apa agenda kerajaan dan agenda pembangkang. Menjadi suatu kewajipan bagi pelajar Kajian Politik dan Pemerintahan untuk menyelidik kedua-dua pihak ini dalam memberikan gambaran siapakah benar atau salah dalam arena politik yang melanda di peringkat nasional yang tidak berpenghujung.

Pelajar Kajian Politik dan Pemerintahan, Fakulti Sains Sosial, UNIMAS perlu belajar apa kesilapan kerajaan dan pembangkang disamping melihat bagaimana bentuk atau sistem demokrasi itu diamalkan dengan melakukan perbandingan antara negara-negara yang membangun serta negara yang sudah maju kehadapan lebih jauh daripada Malaysia. Seharusnya tiada sekatan yang patut diberikan dalam dunia pelajaran tetapi perlu diberi batasan yang tertentu agar tidak menggugat kestabilan perpaduan negara. Ketika belajar, kita ditunjuk dan diajar serta dipandu yang mana 'jalan yang lurus' atau 'jalan yang bengkok'. Liku-liku pembelajaran yang dipelajari dalam sesi perkuliahan ini memberi gambaran bagaimana perjalanan akan datang. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Presiden Soekarno, "Berikan aku sepuluh orang pemuda, pasti akan aku menggegarkan dunia." Harus difikir tenaga pengajar memberi gambaran bagaimana ia berlaku tetapi akan dibentuk oleh generasi akan datang










Antara blog yang disukai adalah blog dibawah ini. Blog ini http://abdullatip.blogspot.com/merupakan akaun rasmi oleh seorang penulis tersohor yang telah menerbitkan beberapa buah buku berkaitan dengan sejarah dan individu ternama. Abdul Latip Talib nama yang tidak asing lagi dalam dunia penerbitan buku. 





Hampir 60 buah buku telah diterbitkan oleh PTS Publisher hasil karya dan penyelidikan penuh oleh Abdul Latip Talib ini. Berikut merupakan antara buku hasil karya beliau. 




Penulis pernah membaca buku hasil penerbitan beliau antaranya Sultam Muhammad Al-Fateh : Penakluk Konstatinopel. Gaya penulisan beliau menggambarkan bagaimana situasi itu berlaku melalui setiap penyelidikan yang dilakukan. Penulisan beliau yang berbentuk etnografi ini dapat memberi gambaran kepada pembaca perjalanan itu berlaku. Situasi bagaimana Sultan Murad, ayahanda kepada Sultan Muhammad Al-Fateh  yang memerintah ketika itu diceritakan hampir berjaya menakluk Kota Konstatinopel yang dimiliki dan dikuasai oleh kuasa Rom Byzantin Timur yang diketuai Raja Constantine namun terpaksa berundur kerana masalah yang dihadapi di kerajaannya sendiri. Cubaan menakluk Konstatinopel yang menjadi idaman oleh semua penguasa terus-menerus dilakukan semenjak Zaman Khalifah Khulafa' Ar-Rasyidin lagi. Mereka ingin menjadi individu yang ditafsirkan dalam sabda Nabi Muhammad SAW semasa Baginda memecahkan sebuah batu besar ketika melakukan penggalian parit di sekitar Kota Madinah dalam menghadapi musuh ketika Perang Khandaq (Ahzab). Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda, 

"Konstatinopel akan ditakluk (ditawan) 
oleh rajanya sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera..."

Hadis ini direalisasikan selepas 300 tahun disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh penama bagi hadis tersebut. Banyak lagi karya yang ditulis oleh Abdul Latip Talib yang lain seperti Mustafa Kamal At-Tartuk, Hang Nadim, Mat Kilau dan lain-lain lagi. Tekini beliau sedang giat melakukan penulisan mengenai kisah seorang pemuda Ahmad Ammar, pemuda yang meninggal dunia di Turki dan dikebumikan di Tanah Perkuburan El-Ayub iaitu berhampiran dengan Makam Abu Ayub Al-Ashaari. Blog Abdul Latip Talib giat menceritakan bagaimana penulisan dilakukan dan pengalaman dalam usaha beliau menerbitkan buku.




















Friday, 24 April 2015

Blogs/sites that relates to womens (Women'sHealth)



'Women'sHealth' adalah untuk wanita yang mahu mencapai tahap kesihatan dan berat badan yang menarik. Blog 'Women's Health' merupakan salah satu rujukan yang terbaik kerana ia membincangkan tentang kesihatan, hubungan cinta, kehidupan, makanan, kecantikan dan lain-lain. Blog ini menumpukan perhatian kepada golongan wanita iaitu tentang isu kesihatan dan gaya hidup sihat sebagai seorang wanita. Kebanyakan wanita yang mengikuti blog ini adalah golongan yang sangat menitikberatkan tentang kesihatan dan penampilan diri. Dalam blog ini juga dimasukkan video-video berbentuk senaman dan juga tutorial tentang isu yang dibahaskan untuk memudahkan lagi pengikut blog ini untuk memahami dengan lebih jelas. Dibawah terdapat link video-vodeo untuk tontonan:http://www.womenshealthmag.com/video#/video/all

Saturday, 11 April 2015

Second Life Game

                    
 
Second Life merupakan permainan atas talian yang dibangunkan oleh San Francisco. Permainan ini dirasmikan pada 23 June 2013. Tetapi bermula dari tahun 2014 permainan ini lebih dikenali sehingga mencapai 1 million pengguna yang bermain permainan ini. Pada Mac 2009 permainan Second Life mencatat kedudukan tertinggi dalam statistik permainan atas talian.
Permainan ini tidak mempunyai objektif yang ditetapkan oleh syarikat kerana  pemain itu sendiri yang mencorak Second Life mereka. Avatars ini mencerminkan perwatakan pemain di dunia nyata. Pemain juga boleh menggunkan fotograf atau digital camera dan program untuk menggerakkan Avatars tersebut supaya kelihatan hidup.       
                             





Permainan Second Life mempunyai kesan baik dan kesan buruk. Permainan ini menjadi tumpuan ramai kerana mereka dapat memperolehi perkara yang mereka tidak mampu capai dalam dunia realiti seperti rumah besar, pakaian mahal, dan sebagainya. Manakala kesan buruk yang dapat dilihat, pemain akan meluangkan masa yang terlalu lama untuk mencipta kehidupan mereka dalam Second Life. Terdapat juga pemain yang bermain sehingga 20 jam tanpa makan dan tidur. Mereka berharap apa-apa yang mereka cipta dalam Second Life akan menjadi kenyataan.

Di dalam Second Life, pemain digelar sebagai Residents manakala ciptaan mereka digelar sebagai Avatars. Avatars yang mereka cipta mampu berinteraksi dengan avatars yang lain, tempat ataupun objek tanpa sempadan. Avatar ini boleh menjadi manusia, haiwan, barang dan apa-apa sahaja yang pemain ciptakan. Avatars juga mampu untuk berjalan, terbang, berlari, dan mengakses sesuatu seperti yang bermain dalam fikiran pemain.

Kebiasaannya pemain yang telah lama bermain permainan ini akan berasa ralat kerana mereka tidak mempunyai masa bersama orang yang tersayang dan ahli keluarga. 

Friday, 3 April 2015

Citizen Journalism :D

            Citizen Journalism turut dikenali sebagai “public” atau “street” journalism yang mana memainkan peranan dalam mengumpulkan maklumat, melaporkan satu-satu isu, membuat analisis berita dan menyebarkan berita mahupun maklumat. Kerja citizen journalism atau dalam bahasa Melayunya dipanggil sebagai wartawan warga ini tidak sama dengan wartawan professional yang memerlukan kriteria khusus untuk menjawat jawatan tersebut. Sesiapa sahaja boleh menjadi wartawan warga untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam seperti penulisan di laman blog atau media sosial yang lain. Misalnya bekas wartawan dan ahli politik mewujudkan blog berita atau informasi masing-masing untuk menarik pembaca melawati blog mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan kemajuan teknologi itu sendiri telah mengubah cara penyampaian berita atau isu itu disampaikan kepada orang ramai. Bahkan berita yang disampaikan oleh wartawan warga itu lebih kerap dan banyak jika dibandingkan dengan berita di ruangan akhbar yang perlu melalui beberapa proses seperti diolah oleh editor sebelum diterbitkan.


            Berdasarkan dokumentari #whilewewatch yang ditayangkan dalam kuliah menunjukkan demostrasi yang dilakukan oleh citizen journalism secara besar-besaran di Zuccoti Park. Sebenarnya demostrasi ini memberi banyak impak kepada mereka yang menyertai protes berkenaan serta pihak berkuasa seperti New York Police Department (NYPD). Individu yang mengetuai protes jalanan ini tentunya mempunyai ideology masing-masing untuk dicapai dan mungkin sahaja berbeza dengan individu lain. Demostrasi ini memberikan kesan negatif kepada individu itu sendiri dan memberikan pandangan serong terhadap pihak kerajaan mereka. Contoh yang paling jelas dapat kita lihat dalam dokumentari #whilewewatch ini ia mendatangkan kecederaan kepada orang awam kerana pergelutan dengan pihak NYPD konon-kononnya “fight for right”.