Video ini boleh dilawati di YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=xqT0J2qYiOA
Sunday, 10 May 2015
Bila Isu Semasa Diviralkan Di Media Sosial
Video ini boleh dilawati di YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=xqT0J2qYiOA
Saturday, 9 May 2015
Blogging VS Vlogging
Dahulu, ramai generasi yang hidup dalam dunia teknologi moden ini menggunakan blog sebagai menzahirkan atau meluarkan emosi dan idea mereka. Namun kini, sungguhpun blog menjadi kegunaan sebahagian pengguna tegarnya Vlog juga menjadi suatu medium meluahkan emosi secara terus dengan melakukan rakaman video yang berdurasi dengan minimum 60 saat meluahkan apa yang ingin diperkatakan dan dikongsikan.
Persoalan, pada pendapat anda...
Antara blog dan vlog mana yang anda pilih? Nyatakan sebab anda.
Apakah perkongsian yang akan anda berikan dalam medium sosial dinyatakan anda dalam soalan di atas?
Game and Gaming
Main ialah satu aktiviti
bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara langsung. Ia
merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau
keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi ditetapkan
dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur.
Permainan pula merupakan
satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang
ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal
pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan. Selain itu juga permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama
ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh
dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.
Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang
menang dan ada yang kalah. Boleh juga seri. Permainan yang melibatkan aktiviti
fizikal biasanya dipanggil sukan.
Sukan ialah satu
pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia
mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang
dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu
perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal.
Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau
penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain.
Permainan
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
·
Permainan berasaskan
kemahiran
·
Permainan berasaskan
strategi
·
Permainan berasaskan
nasib
Sesetengah
permainan pula menggabungkan dua atau tiga elemen di atas.
Contoh-contoh
permainan ialah:
·
Congkak
·
Daun terup
·
Gasing
·
Guli
·
Yo-yo
Ada
juga permainan yang berasaskan komputer seperti:
·
Pac-Man
·
Tekken
·
dota 2
Persoalan, pada pendapat anda...
Permainan apakah yang anda gemari? Permainan tradisional atau komputer?
Adakah kegemaran anda terhadap suatu permainan ini akan menyebabkan anda kurang bergaul dengan komuniti?
Seandainya anda mempunyai sebuah keluarga yang besar, permainan apakah yang akan anda wariskan kepada generasi akan datang?
Tuesday, 5 May 2015
Blog Yang Disukai dan Blog Yang Tidak Disukai
Blog. Kebiasaannya digunakan sebagai diari harian bagi mereka yang minat menggunakan kemudahan sosial dalam dunia siber ini. Pengalaman harian dalam setiap apa yang dilalui pasti akan dikongsikan dalam laman blog individu dan menjadi kepastian apabila setiap apa yang kita titipkan dalam penulisan blog akan menjadi perhatian dan tatapan pengunjung ke dalam blog kita. Sebahagian individu dapat menjadikan blog sebagai sumber rujukan bahan-bahan tertentu yang mempunyai kaitan dengan bahan akademik yang diperlukan oleh pelajar atau pengajar. Perkongsian bahan akademik, pengalaman dalam melakukan sesuatu dan sebagainya akan dihargai dan dapat dirasai bersama. Sebagai contohnya, seorang pengguna blog berkongsi bahan akademik seperti Sejarah yang sukar ditemui dimana-mana perpustakaan awam yang hanya dapat ditemui di perpustakaan atau arkib luar negara dapat digunakan bersama oleh pengguna blog yang minat atau melakukan penyelidikan tentang Sejarah untuk melihat bahan yang ditemui atau diperoleh pengguna terbabit dan menjadi sebagai bahan rujukan untuk pengajaran atau penyelidikan mereka, maka wujudlah komunikasi di antara mereka sama ada untuk bertemu untuk melihat bahan terbabit atau mendapatkan informasi mengenai bahan tersebut.
Namun, tidak semua pengguna blog menggunakan blog sebagai medium penyampaian maklumat atau perkongsian sumber. Ada sebahagian sumber menggunakan blog sebagai medium untuk mengutuk, mengeji, serta mempunyai sentimen yang berbaur perkauman yang mampu menggugat kestabilan negara dan sebagainya. Perkara-perkara ini menjadi kritikan hebat serta mendapat pemantauan hebat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Kementerian Penerangan dan Komunikasi Malaysia untuk berganding bahu dalam mendakwa mana-mana individu yang menerapkan unsur-unsur fitnah (slander) ke atas individu lain. Maka mereka akan di dakwa dibawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957. Akta ini mendakwa mana-mana individu yang boleh menggugat keharmonian negara mahupun ingin menjatuhkan maruah antara individu yang lain.
Antara blog yang kurang disukai adalah blog yang dibawah ini. Blog ini menzahirkan pendapat sebelah pihak dan tidak mendapatkan sumber yang sahih mengenai kewujudan atau kehadiran seorang kartunis yang dijemput hadir ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menyampaikan perkongsian mengenai idea penulisan komik yang diinterpretasikan melalui lukisan kartun. Kartunis Zunnar dijemput oleh beberapa orang pensyarah dari Program Kajian Politik dan Pemerintahan bagi berkongsi pandangan mengenai penyampaian emosi atau pendapat melalui karikatur. Permasalahan yang timbul apabila pemilik akaun blog ini hanya memandang dan memperoleh pendapat daripada sebelah pihak sahaja. Hanya melihat laman Facebook Zunnar Kartunis Fans Club terus mengeluarkan pendapat bahawa individu ini menyebarkan dakyah pembangkang kerana kartunis ini seorang ahli pembangkang. Turut terpalit sekali pensyarah UNIMAS yang menjemput kartunis ini Prof. Madya Dr. Andrew Aeria dan Dr. Mohd Faisal Syam Abdol Hazis kerana mereka juga dikatakan orang kuat pembangkang. Penulis berpendapat, dalam dunai pembelajaran kita perlu tahu agenda kedua-dua belah pihak. Apa agenda kerajaan dan agenda pembangkang. Menjadi suatu kewajipan bagi pelajar Kajian Politik dan Pemerintahan untuk menyelidik kedua-dua pihak ini dalam memberikan gambaran siapakah benar atau salah dalam arena politik yang melanda di peringkat nasional yang tidak berpenghujung.
Pelajar Kajian Politik dan Pemerintahan, Fakulti Sains Sosial, UNIMAS perlu belajar apa kesilapan kerajaan dan pembangkang disamping melihat bagaimana bentuk atau sistem demokrasi itu diamalkan dengan melakukan perbandingan antara negara-negara yang membangun serta negara yang sudah maju kehadapan lebih jauh daripada Malaysia. Seharusnya tiada sekatan yang patut diberikan dalam dunia pelajaran tetapi perlu diberi batasan yang tertentu agar tidak menggugat kestabilan perpaduan negara. Ketika belajar, kita ditunjuk dan diajar serta dipandu yang mana 'jalan yang lurus' atau 'jalan yang bengkok'. Liku-liku pembelajaran yang dipelajari dalam sesi perkuliahan ini memberi gambaran bagaimana perjalanan akan datang. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Presiden Soekarno, "Berikan aku sepuluh orang pemuda, pasti akan aku menggegarkan dunia." Harus difikir tenaga pengajar memberi gambaran bagaimana ia berlaku tetapi akan dibentuk oleh generasi akan datang
Antara blog yang disukai adalah blog dibawah ini. Blog ini http://abdullatip.blogspot.com/merupakan akaun rasmi oleh seorang penulis tersohor yang telah menerbitkan beberapa buah buku berkaitan dengan sejarah dan individu ternama. Abdul Latip Talib nama yang tidak asing lagi dalam dunia penerbitan buku.
Hampir 60 buah buku telah diterbitkan oleh PTS Publisher hasil karya dan penyelidikan penuh oleh Abdul Latip Talib ini. Berikut merupakan antara buku hasil karya beliau.
Penulis pernah membaca buku hasil penerbitan beliau antaranya Sultam Muhammad Al-Fateh : Penakluk Konstatinopel. Gaya penulisan beliau menggambarkan bagaimana situasi itu berlaku melalui setiap penyelidikan yang dilakukan. Penulisan beliau yang berbentuk etnografi ini dapat memberi gambaran kepada pembaca perjalanan itu berlaku. Situasi bagaimana Sultan Murad, ayahanda kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang memerintah ketika itu diceritakan hampir berjaya menakluk Kota Konstatinopel yang dimiliki dan dikuasai oleh kuasa Rom Byzantin Timur yang diketuai Raja Constantine namun terpaksa berundur kerana masalah yang dihadapi di kerajaannya sendiri. Cubaan menakluk Konstatinopel yang menjadi idaman oleh semua penguasa terus-menerus dilakukan semenjak Zaman Khalifah Khulafa' Ar-Rasyidin lagi. Mereka ingin menjadi individu yang ditafsirkan dalam sabda Nabi Muhammad SAW semasa Baginda memecahkan sebuah batu besar ketika melakukan penggalian parit di sekitar Kota Madinah dalam menghadapi musuh ketika Perang Khandaq (Ahzab). Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Konstatinopel akan ditakluk (ditawan)
oleh rajanya sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera..."
Hadis ini direalisasikan selepas 300 tahun disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh penama bagi hadis tersebut. Banyak lagi karya yang ditulis oleh Abdul Latip Talib yang lain seperti Mustafa Kamal At-Tartuk, Hang Nadim, Mat Kilau dan lain-lain lagi. Tekini beliau sedang giat melakukan penulisan mengenai kisah seorang pemuda Ahmad Ammar, pemuda yang meninggal dunia di Turki dan dikebumikan di Tanah Perkuburan El-Ayub iaitu berhampiran dengan Makam Abu Ayub Al-Ashaari. Blog Abdul Latip Talib giat menceritakan bagaimana penulisan dilakukan dan pengalaman dalam usaha beliau menerbitkan buku.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)











.jpg)
