Blog. Kebiasaannya digunakan sebagai diari harian bagi mereka yang minat menggunakan kemudahan sosial dalam dunia siber ini. Pengalaman harian dalam setiap apa yang dilalui pasti akan dikongsikan dalam laman blog individu dan menjadi kepastian apabila setiap apa yang kita titipkan dalam penulisan blog akan menjadi perhatian dan tatapan pengunjung ke dalam blog kita. Sebahagian individu dapat menjadikan blog sebagai sumber rujukan bahan-bahan tertentu yang mempunyai kaitan dengan bahan akademik yang diperlukan oleh pelajar atau pengajar. Perkongsian bahan akademik, pengalaman dalam melakukan sesuatu dan sebagainya akan dihargai dan dapat dirasai bersama. Sebagai contohnya, seorang pengguna blog berkongsi bahan akademik seperti Sejarah yang sukar ditemui dimana-mana perpustakaan awam yang hanya dapat ditemui di perpustakaan atau arkib luar negara dapat digunakan bersama oleh pengguna blog yang minat atau melakukan penyelidikan tentang Sejarah untuk melihat bahan yang ditemui atau diperoleh pengguna terbabit dan menjadi sebagai bahan rujukan untuk pengajaran atau penyelidikan mereka, maka wujudlah komunikasi di antara mereka sama ada untuk bertemu untuk melihat bahan terbabit atau mendapatkan informasi mengenai bahan tersebut.
Namun, tidak semua pengguna blog menggunakan blog sebagai medium penyampaian maklumat atau perkongsian sumber. Ada sebahagian sumber menggunakan blog sebagai medium untuk mengutuk, mengeji, serta mempunyai sentimen yang berbaur perkauman yang mampu menggugat kestabilan negara dan sebagainya. Perkara-perkara ini menjadi kritikan hebat serta mendapat pemantauan hebat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Kementerian Penerangan dan Komunikasi Malaysia untuk berganding bahu dalam mendakwa mana-mana individu yang menerapkan unsur-unsur fitnah (slander) ke atas individu lain. Maka mereka akan di dakwa dibawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957. Akta ini mendakwa mana-mana individu yang boleh menggugat keharmonian negara mahupun ingin menjatuhkan maruah antara individu yang lain.
Antara blog yang kurang disukai adalah blog yang dibawah ini. Blog ini menzahirkan pendapat sebelah pihak dan tidak mendapatkan sumber yang sahih mengenai kewujudan atau kehadiran seorang kartunis yang dijemput hadir ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menyampaikan perkongsian mengenai idea penulisan komik yang diinterpretasikan melalui lukisan kartun. Kartunis Zunnar dijemput oleh beberapa orang pensyarah dari Program Kajian Politik dan Pemerintahan bagi berkongsi pandangan mengenai penyampaian emosi atau pendapat melalui karikatur. Permasalahan yang timbul apabila pemilik akaun blog ini hanya memandang dan memperoleh pendapat daripada sebelah pihak sahaja. Hanya melihat laman Facebook Zunnar Kartunis Fans Club terus mengeluarkan pendapat bahawa individu ini menyebarkan dakyah pembangkang kerana kartunis ini seorang ahli pembangkang. Turut terpalit sekali pensyarah UNIMAS yang menjemput kartunis ini Prof. Madya Dr. Andrew Aeria dan Dr. Mohd Faisal Syam Abdol Hazis kerana mereka juga dikatakan orang kuat pembangkang. Penulis berpendapat, dalam dunai pembelajaran kita perlu tahu agenda kedua-dua belah pihak. Apa agenda kerajaan dan agenda pembangkang. Menjadi suatu kewajipan bagi pelajar Kajian Politik dan Pemerintahan untuk menyelidik kedua-dua pihak ini dalam memberikan gambaran siapakah benar atau salah dalam arena politik yang melanda di peringkat nasional yang tidak berpenghujung.
Pelajar Kajian Politik dan Pemerintahan, Fakulti Sains Sosial, UNIMAS perlu belajar apa kesilapan kerajaan dan pembangkang disamping melihat bagaimana bentuk atau sistem demokrasi itu diamalkan dengan melakukan perbandingan antara negara-negara yang membangun serta negara yang sudah maju kehadapan lebih jauh daripada Malaysia. Seharusnya tiada sekatan yang patut diberikan dalam dunia pelajaran tetapi perlu diberi batasan yang tertentu agar tidak menggugat kestabilan perpaduan negara. Ketika belajar, kita ditunjuk dan diajar serta dipandu yang mana 'jalan yang lurus' atau 'jalan yang bengkok'. Liku-liku pembelajaran yang dipelajari dalam sesi perkuliahan ini memberi gambaran bagaimana perjalanan akan datang. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Presiden Soekarno, "Berikan aku sepuluh orang pemuda, pasti akan aku menggegarkan dunia." Harus difikir tenaga pengajar memberi gambaran bagaimana ia berlaku tetapi akan dibentuk oleh generasi akan datang
Antara blog yang disukai adalah blog dibawah ini. Blog ini http://abdullatip.blogspot.com/merupakan akaun rasmi oleh seorang penulis tersohor yang telah menerbitkan beberapa buah buku berkaitan dengan sejarah dan individu ternama. Abdul Latip Talib nama yang tidak asing lagi dalam dunia penerbitan buku.
Hampir 60 buah buku telah diterbitkan oleh PTS Publisher hasil karya dan penyelidikan penuh oleh Abdul Latip Talib ini. Berikut merupakan antara buku hasil karya beliau.
Penulis pernah membaca buku hasil penerbitan beliau antaranya Sultam Muhammad Al-Fateh : Penakluk Konstatinopel. Gaya penulisan beliau menggambarkan bagaimana situasi itu berlaku melalui setiap penyelidikan yang dilakukan. Penulisan beliau yang berbentuk etnografi ini dapat memberi gambaran kepada pembaca perjalanan itu berlaku. Situasi bagaimana Sultan Murad, ayahanda kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang memerintah ketika itu diceritakan hampir berjaya menakluk Kota Konstatinopel yang dimiliki dan dikuasai oleh kuasa Rom Byzantin Timur yang diketuai Raja Constantine namun terpaksa berundur kerana masalah yang dihadapi di kerajaannya sendiri. Cubaan menakluk Konstatinopel yang menjadi idaman oleh semua penguasa terus-menerus dilakukan semenjak Zaman Khalifah Khulafa' Ar-Rasyidin lagi. Mereka ingin menjadi individu yang ditafsirkan dalam sabda Nabi Muhammad SAW semasa Baginda memecahkan sebuah batu besar ketika melakukan penggalian parit di sekitar Kota Madinah dalam menghadapi musuh ketika Perang Khandaq (Ahzab). Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Konstatinopel akan ditakluk (ditawan)
oleh rajanya sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera..."
Hadis ini direalisasikan selepas 300 tahun disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh penama bagi hadis tersebut. Banyak lagi karya yang ditulis oleh Abdul Latip Talib yang lain seperti Mustafa Kamal At-Tartuk, Hang Nadim, Mat Kilau dan lain-lain lagi. Tekini beliau sedang giat melakukan penulisan mengenai kisah seorang pemuda Ahmad Ammar, pemuda yang meninggal dunia di Turki dan dikebumikan di Tanah Perkuburan El-Ayub iaitu berhampiran dengan Makam Abu Ayub Al-Ashaari. Blog Abdul Latip Talib giat menceritakan bagaimana penulisan dilakukan dan pengalaman dalam usaha beliau menerbitkan buku.

.jpg)

Golongan Generasi Y yang sangat dibanggakan pada hari ini yang dijangkakan akan memimpin negara yang berkaliber tidak terlepas dengan kemudahan teknologi termasuk blog. Walaupun blog telah lama bertapak dalam dunia teknologi namun tidak semua yang aktif menggunakannya. hal ini kerana blog boleh menjadi diari peribadi seseorang dan dalam masa yang sama blog juga boleh menjadi medium untuk perkongsian maklumat bergantung kepada minat individu yang menggunakannya. Jika seseorang yang suka berkongsi segala maklumat dirinya mungkin blog menjadi penghubung antara individu tersebut dan klik yang lain tanpa mendedahkan identiti yang sebenar . Hal ini tidak mustahil kerana sudah terbukti memang berlaku kejadian tersebut dan tidak mustahil juga hal ini berlaku kepada anda. Blog amat berguna kepada ssesiapa yang tahu manfaatkan peluang teknologi dan vice versa...
ReplyDeleteApa yang saya faham mengenai blog ni adalah blog ni tempat utk seseorang atau sekumpulan meluahkan pendapat mereka sama ada baik atau buruk. Blog ini kalau diikutkan kita sepatutnya tidak boleh mudah terpedaya dengan ceritanya kerana kebanyakannya hanyalah menggunakan ayat sendiri atau pandangan sendiri tanpa merujuk mana2 pihak. Saya pernah membaca beberapa blog dimana bloggernya menceritakan kisah2 dirinya dan kadang kala ada la jugak dia masukkan beberapa info kesihatan. Ada sesetengah blog yang saya dapat terima info itu dan ada daripadanya seperti tidak relevan. Percaya atau tidak dgn info yang diberikan blogger semuanya terpulang pada kita. Sama juga dengan baik atau tidak..
ReplyDeletePeaceeeeee ^_^
setelah membaca kisah di atas, di sini saya dapat menyimpulkan bahawa blog boleh dianggap sebagai satu tempat untuk meluahkan perasaan, pendapat, dan sebaginya. Tetapi ia bukan satu alasan kepada blogger untuk menyampaikan cerita-cerita yang tidak sahih kebenarannya. Apabila informasi yang disebarkan tidak benar ia akan mendatangkan kesan yang negatif. Sama ada penulis blog itu sendiri akan dikenakan tindakan, dikecam dan paling ditakuti ia akan menjadi punca berlakunya pecah belah dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai penerima informasi juga, kita perlu bijak mentafsir kebenaran blog tersebut. Jangan mudah percaya dan sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya.
ReplyDeletePada pandangan saya pula blog merupakan salah sebuah medium yang kini sering digunakan oleh blogger untuk berkongsi segala cerita atau pendapat yang mereka ingin kongsikan. Seharusnya kita sebagai remaja yang dilahirkan dalam zaman yang berteknologi perlulah pandai mengambil peluang yang sebaik-baiknya. Kebiasaannya yang saya sering lihat blog digunakan untuk berkongsi perkara-perkara yang positif serta dapat memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya perkongsian tentang diri sendiri. Sebolehnya seseorang blogger itu perlulah mengelak daripada menyebarkan perkara-perkara yang negatif serta mendatangkan masalah dimasa akan datang. Jika tidak akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi dikemudian hari.
ReplyDeletePada pandangan saya sendiri, blog merupakan salah satu komunikasi antara masyarakat dalam dunia yang dikenali sebagai komunikasi alam maya. Namun begitu, tidak kesemua blog yang ada dalam talian disukai oleh orang ramai. Blog-blog yang bermanfaat boleh dijadikan satu perkongsian antara kita. Namun begitu, ada juga blog yang tidak disukai oleh orang ramai. Sebagai perkongsian, anda boleh melawati url ini http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/06/16/39--laman-web-blog-diharamkan/ . Ada mereka (penulis blog) mengambil kesempatan atas tekonologi yang semakin canggih ini dengan menyampaikan maklumat yang berunsur seks yang boleh mencemarkan peribadi pembaca yang lain walaupun ianya hanya dianggap bertulis. Seharusnya, penggunaan dan penyebaran berita dalam laman blog ini harus dipantau agar mereka tidak terlalu obses untuk menyampaikan maklumat yang tidak disenangi oleh pembaca.

ReplyDeleteBerdasarkan apa yang dilihat, blog merupakan tempat kita meluah perasaan atau lebih jelas disebut diari alam maya. Namun, blog juga merupakan tempat memberi pendapat dan berkongsi ilmu yang dirasa dapat memberi pengajaran. BAgi saya, saya lebih gemar untuk melawat blog yang lebih berbentuk memberi pengajaran kepada kehidupan saya berbanding melawat blog yang tidak memberi manfaat. Dengan melawat blog tersebut, saya dapat sumber inspirasi untuk memperbiki diri.
ReplyDeleteBlog yang selalu saya lawati kebiasaannya mengenai "life" seseorang seperti Fatin Liyana, Irine Nadia dan Privacy No More yang mana entri mereka ini banyak berkisarkan diri mereka sendiri. Ini kerana entri yang ditulis bersifat santai sahaja dan penuh dengan "sense of humour". Dan ada juga blog mengenai sesuatu isu yang saya perlu cari dan rujuk untuk tujuan tugasan, tetapi kebiasaannya maklumat yang dipaparkan banyak "copy & paste" daripada blog individu lain. Jadi, apabila perkara ini berlaku maklumat itu seharusnya ditapis dahulu sebelum digunakan.
ReplyDeletesetiap individu mesti ada blog yang disukai untuk dibaca bagi mengisi masa lapang dan ada juga blog yang tidak disukai. namun itu semua adalah minat dalam diri masing-masing sama ada suka atau tidak untuk membuka blog orang lain. bagi diri saya, saya tidak berapa gemar untuk membaca blog orang lain kerana saya lebih gemar menonton vlog yang dimuat turun oleh vlogger. setahu saya, kebanyakkan blogger lebih gemar menceritakan life mereka dalam blog dan blog itu hanya boleh dibaca oleh orang yang mengikuti blog blogger tersebut.
ReplyDeleteSuka atau tidak suka itulah adalah hak individu. Setiap individu juga mempunyai minat dan tidak minat mengenai apa yang berlaku. Tidak semua akaun blog yang kita layari diminati secara total malah ada yang kita benci dan tidak suka. Kebanyakan pemilik akaun blog bersifat mengkritik atau menjatuhkan individu lain dengan menfitnah tanpa usul periksa.
ReplyDelete