Friday, 27 March 2015

news.jpg

            


         Menurut J.B Wahyudi berita adalah satu huraian tentang sesuatu fakta mahupun pendapat yang didalamnya terkandung nilai-nilai berita dan telah dipamerkan melalui medium yang digelar media massa. Manakala, menurut Mochtar Lubis berita merupakan apa-apa sahaja yang ingin diketahui oleh masyarakat untuk membacanya. Charles A. Dana pula mentakrifkan berita iaitu satu laporan dimana setiap saat ataupun sesuatu berita yang terbaik untuk menarik minat pembaca untuk membacanya.
          Seluruh dunia telah berubah apabila munculnya pelbagai teknologi yang menunjukkan kemampuan manusia dalam mencipta sesuatu yang baru. Begitu juga dengan berita, dahulunya berita yang diperolehi oleh ibu-bapa kita hanya di surat khabar, tetapi kini semuanya telah berubah apabila munculnya istilah ‘Dunia Di Hujung Jari’. Kemunculan berita “online’’ pada masa kini jua telah mengubah gaya, tingkahlaku kita dalam berkomunikasi. Boleh dikatakan hampir kesemua akhbar telah boleh diakses hanya menggunakan internet. Sebagai contoh, Utusan, The Star, Harian Metro, dan sebagainya telah berubah ke arah berita secara “online”.


          Munculnya berita “online” ini juga telah menjimatkan masa manusia dan juga wang ringgit. Masyarakat juga tidak perlu menghabiskan wang ringgit dengan melanggan akhbar pada setiap bulan. Selain itu juga, Maklumat yang diperoleh melalui berita “online” ini dapat diperoleh secara percuma dengan mempamerkan berita-berita terkini yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kelebihan yang seterusnya berita ‘online’ iaitu berita yang disampaikan tersusun mengikut segmen-segmen yang telah ditetapkan. Disamping itu juga, berita “online” ini dapat mempamerkan informasi yang berbentuk video mahupun audio. Dari situ juga, sebagai pembaca mereka juga telah diberi kelebihan berbanding suratkhabar yang bercetak. Disamping itu juga, jika bahan bacaan yang dibaca melalui berita ‘online’ itu bermanfaat, ia dapat dikongsi melalui jaringan sosial pada masa kini seperti Facebook , Twitter dan sebagainya dengan hanya menekan button ‘share’. Dari situ juga, pembaca yang lain dapat memperoleh manfaat daripadanya.
    

          Disamping kelebihan, terdapat juga kekurangan berita ‘online’ ini, antaranya ialah para pembaca tertanya-tanya pengesahan berita tersebut sama ada ianya benar ataupun salah. Sebagai contoh,  baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kepalsuan berita kematian seorang pelakon dan pelawak tanah air yang dikenali sebagai Mr. Os telah meninggal dunia. Hakikatnya, beliau masih hidup dan sihat walafiat. Kes sebegini boleh mengundang  ketidakselesaan kepada ahli keluarga beliau dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada mereka yang meminati beliau.




        Disamping itu juga, komen- komen negatif dan sensitif juga boleh mendatang kesan kepada pelbagai pihak. Sebagai contoh isu yang paling hangat diperkatakan pada masa kini iaitu hukum Allah, hudud.    Seorang wanita dikenali sebagai Aisyah Tajuddin telah menghina perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan baru-baru ini menerusi laman youtube.











        Semestinya, masyarakat di luar sana sebagai pembaca mempunyai pandangan dan pendapat mereka berkenaan isu yang dikeluakan oleh pihak akhbar online. Seperti komen negatif yang boleh mendatangkan kemarahan semua pihak, mungkin pembaca itu juga boleh dikenakan tindakan dan sebagainya.
     
        Setiap pembaca mempunyai media pilihan hati yang tersendiri. Tetapi bagi ahli kumpulan kami, kami lebih memfokuskan kepada media “online’’ Sinar Harian Online. Seperti kebanyakan ramai yang mengetahui bahawa sumber Sinar Harian Online lebih telus dan padat.





       Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, dalam laporan Aleia.com Sinar Harian Online merupakan media online yang menjadi tumpuan dan minat utama para pembaca. Disamping itu juga maklumat yang telah diperoleh telah merekodkan bahawa Sinar Harian Online telah berada di tangga ke-20 daripada 500 laman web yang menjadi perhatian rakyat Malaysia.
     
      Sebagai kesimpulannya, media online mempunyai kesan negartif mahupun positif. Kita sebagai pembaca juga memainkan peranan semasa mengunjungi laman web media online tersebut.

 Rujukan:


10 comments:

  1. Pada pendapat saya, berita yang disiarkan secara online memang sangat memudahkan orang ramai terutama kepada mereka yang gemar bermain dengan smartphone mereka. Saya sendiri membaca Sinar Harian Online dimana kebanyakan berita yang disiarkan tepat dan terperinci tetapi kita sebagai pengguna laman media sosial tidak seharusnya juga mempercayai bulat-bulat dengan berita yang disiarkan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan masyarakat kini gemar untuk menambah berita yang baik jadi kurang baik.

    ReplyDelete
  2. berita boleh datang dalam pelbagai persepsi mengikut kehendak pengguna sama ada bercorak negatif atau positif. terpulang mengikut percambahan zarah otak masing2. that y perkara ini menjadi bualan hangat....

    ReplyDelete
  3. Saya sangat menggemari berita-berita yang dipamerkan oleh Sinar Harian. Hal ini demikian kerana, Sinar Harian mempunyai gaya dan cara penyampaian berita yang sangat unik. Pada pendapat saya juga, sinar harian lebih mengutamakan sifat-sifat kemanusiaan. Tidak seperti akhbar lain, yang hanya bersifat politik semata-mata. Pada pengalaman saya juga, ibu dan bapa saya juga lebih mengesyorkan sinar harian kerana jenis berita yang disampaikan walaupun pendek tetapi telus.

    ReplyDelete
  4. pada pendapat saya, berita online pada masa ini lebih menjadi pilihan orang ramai kerana lebih mudah untuk diakses pada bila-bila masa. melalui berita online juga, isu semasa dapat diketahui pada masa itu juga. kebiasaannya saya memilih sinar harian online sebagai medium utama untuk mendapat informasi terkini.

    ReplyDelete
  5. Berita merupakan suatu bahan informasi untuk pengetahuan masyarakat. Beritajuga bukan sahaja di akhbar, radio dan televisyen sahaja, malah dapat diakses melalui dalam talian. Berita dalam talian atau 'online news' ini mudah diakses setiap masa dimana jua kita berada. Online news ini juga dapat menyampaikan berita secara terus sebaik sahaja sesuatu peristiwa itu berlaku berbeza dengan akhbar yang akan diketahui liputannya pada keesokan hari. Setiap detik, setiap saat, setiap masa, hujan, ribut, panas online news dapat diperoleh.

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya berita secara online merupakan salah satu medium yang memudahkan pembaca mengetahui tentang sesuatu perkara mahupun maklumat semasa secara lebih cepat. Tambahan pula seperti yang kita sedia maklum masyarakat kini lebih gemar membaca dan memdapatkan berita melalui laman sosial internet. Namun terserah kepada pembaca sama ada untuk menilai sesuatu berita yang diterima itu dari segi positif atau negatif. Tetapi kadang-kadang berita yang diterima dalam online ada yang tepat dan juga sebaliknya. Oleh itu terserah kepada pembaca untuk menilai semua itu.

    ReplyDelete
  7. saya berpendapat bahawa pembaca yang suka membaca berita sama ada di ruangan akhbar mahupun berita atas talian meneliti terlebih dahulu kesahihan berita berkenaan kerana boleh jadi berita itu diragui faktanya.

    ReplyDelete
  8. sememangnya dunia kewartawanan hari ini semakin mencabar ekoran wujudnya berita online yang percuma untuk dilawati oleh masyarakat. keadaan ini saya amat akui berita di akhbar mula dipandang sepi oleh pembaca kerana dianggap sudah kurang "kuasanya" sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  9. Berita merupakan maklumat am yang perlu diambil tahu oleh setiap orang. Namun, dengan kehadiran berita secara online secara tidak langsung ia menggugat dunia kerjaya seorang wartawan. Pada pendapat saya, berita online sudah mendapat tempat di hati setiap masyarakat walaupun kadang-kadang berita yang dipaparkan tidak 100% sahih. Mengapa saya berkata begitu? Kita sendiri dapat lihat dimana berita online mudah diakses walau dimana kita berada jika adanya teknologi yang semakin canggih. selain itu juga, berita online ini juga menyampaikan sesuatu peristiwa dengan terus berbanding berita yang dicetak.

    ReplyDelete
  10. bagi saya, kehadiran berita online sangat penting pada amsa kini. hal ini kerana ia lebih menjimatkan masa dan jimatkan wang. Hal ini kerana pada sebelum ini bapa saya seorang yang gemar membaca surat khabar namun dengan adanya teknologi dan berita melalui online, bapa saya dapat membacanya terus dari tempat kerja dan tidak perlu bersusah payah untuk ke kedai untuk membelinya. Malah, berita yang disampaikan lebih telus dan cebih cepat berbanding surat khabar kerana ia mengambil masa untuk dicetak dahulu.

    ReplyDelete