Kemunculan tekonologi yang canggih pada masa kini telah banyak meringankan beban manusia. Sebagai contoh, tekonologi robot yang dihasilkan oleh manusia, merupakan suatu tahap pencapaian yang agak menarik. Robot dapat diistilahkan sebagai alat yang dapat melakukan kerja-kerja spesifik yang tidak mengenal erti lelah, penat dan bosan. Begitulah manfaat daripada penghasilan robot.

Kemajuan teknologi banyak memberi kemudahan kepada manusia. Segala permasalahan yang dahulunya sukar untuk dilakukan dapat dilakukan dengan mudah dan segera. Sebagai contohnya, penggunaan kalkulator. Secara hakikatnya pada zaman dahulu masyarakat mengira menggunakan jari dan adakalanya menggunakan barang sebagai rujukan kiraan. Di China pula, penggunaan sempoa memudahkan jalan pengiraan. Kini, kalkulator pula dapat dikira dengan mudah malah dapat mengira jumlah yang lebih besar nilainya yang tidak dicapai oleh akal untuk pengiraannya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekemajuan teknologi sekarang sememangnya banyak memudahkan kehidupan kita yang semakin canggih..tetapi harus juga diingatkan teknologi kadang kala boleh memudaratkan kita, misalnya kebergantungan kita sepenuhnya terhadap teknologi yang membuat kita pasif dalam bersosial di alam realiti, tetapi sangat aktif d alam maya dan atas talian.
ReplyDeletetidak dapat dinafikan robot mampu meringankan kerja-kerja yang kita lakukan, contohnya penggunaan mesin di kilang produk makanan. ia dapat mempercepatkan hasil kerja dalam memperolehi input. keadaan ini membolehkan kita jimat dalam kos masa dan kudrat manusia.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya bersetuju dengan penyataan diatas yang mengatakan kemunculan teknologi yang semakin canggih sekarang ini banyak memberi kemudahan kepada manusia sekarang melakukan semua perkara. Contohnya adalah dengan adanya kemudahan teknologi seperti mesin basuh dapat membantu meringankan beban dan mencepatkan proses kita untuk mencuci pakaian. Hal ini kerana pada zaman dahulu kita sedia maklum bahawa manusia mencuci pakaian menggunakan tangan dan memerlukan tenaga yang banyk. dengan adanya mesin basuh lagi memudahkan kita. Tapi harus kita ingat walaupun adanya kebaikan kita tidak lepas daripada menerima keburukannya juga iaitu menyebabkan kita menjadi malas dan kurang bergerak dalam menjalankan sesuatu perkejaan dan perkara ini akan memudahkan kita ditimpa penyakit kerana kurang senaman. Jadi tidak hairanlah jika masyarakat sekarang banyak menghidapi penyakit.
ReplyDeletesaya bersetuju dengan pernyataan di atas kerana bagi saya dengan adanya teknologi seperti teknologi komunikasi hubungan antara manusia tidak terputus. seperti zaman dahulu, jika seseorang berjauhan kita hanya bergantung kepada pos dan ia mengambil masa yang lama untuk menyampaikan berita. Namun, kini dengan adanya teknologi, kita dapat berhubung dengan cepat dan dapat menyampaikan sesuatu infomasi dengan cepat dan kita akan merasakan jarak tidak mengganggu hubungan dengan sesama kita.
ReplyDeleteTidak dapat disangkal lagi, teknologi moden banyak membantu tugasan harian kita sebagai seorang pelajar, pekerja dan juga suri rumahtangga. Bila menggunakan teknologi kebanyakan urusan kita berjalan dengan lebih lancar. Tetapi kadang kala teknologi yang terlalu canggih juga boleh mendatangkan kesulitan. Pengalaman saya sewaktu ingin membuat presentation menggunakan video. Video tersebut berfungsi sewaktu menggunakan laptop saya. Tetapi ia tidak berfungsi dan tidak mengeluarkan suara sewaktu dipaparkan menggunakan komputer di dewan kuliah. Hal ini sangat mengecewakan saya :(
ReplyDeletedengan kemunculan teknologi yang canggih pada masa kini, ia mampu meringankan beban dan kerja yang dilakukan oleh manusia. semua perkara akan menjadi mudah seandainya semua mengharapkan pertolongan daripada alatan teknologi. namun, tidak semua kerja yang kita boleh mengharapkan kepada teknologi kerana kadang-kadang ia akan mendatangkan permasalahan yang tidak dijangka oleh pe mikiran kita.
ReplyDelete