Citizen Journalism turut dikenali
sebagai “public” atau “street” journalism yang mana memainkan peranan dalam
mengumpulkan maklumat, melaporkan satu-satu isu, membuat analisis berita dan
menyebarkan berita mahupun maklumat. Kerja citizen journalism atau dalam bahasa
Melayunya dipanggil sebagai wartawan warga ini tidak sama dengan wartawan professional
yang memerlukan kriteria khusus untuk menjawat jawatan tersebut. Sesiapa sahaja
boleh menjadi wartawan warga untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam
seperti penulisan di laman blog atau media sosial yang lain. Misalnya bekas
wartawan dan ahli politik mewujudkan blog berita atau informasi masing-masing
untuk menarik pembaca melawati blog mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan
kemajuan teknologi itu sendiri telah mengubah cara penyampaian berita atau isu
itu disampaikan kepada orang ramai. Bahkan berita yang disampaikan oleh
wartawan warga itu lebih kerap dan banyak jika dibandingkan dengan berita di
ruangan akhbar yang perlu melalui beberapa proses seperti diolah oleh editor
sebelum diterbitkan.
Berdasarkan dokumentari
#whilewewatch yang ditayangkan dalam kuliah menunjukkan demostrasi yang
dilakukan oleh citizen journalism secara besar-besaran di Zuccoti Park. Sebenarnya
demostrasi ini memberi banyak impak kepada mereka yang menyertai protes
berkenaan serta pihak berkuasa seperti New York Police Department (NYPD). Individu
yang mengetuai protes jalanan ini tentunya mempunyai ideology masing-masing
untuk dicapai dan mungkin sahaja berbeza dengan individu lain. Demostrasi ini memberikan
kesan negatif kepada individu itu sendiri dan memberikan pandangan serong
terhadap pihak kerajaan mereka. Contoh yang paling jelas dapat kita lihat dalam
dokumentari #whilewewatch ini ia mendatangkan kecederaan kepada orang awam
kerana pergelutan dengan pihak NYPD konon-kononnya “fight for right”.
Citizen journalism bukan perkara baru yang menjadi ikutan kepada generasi Y. Namun kemana arah dan tujuan citizen journalism jika tiada isu yang ditimbulkan oleh journalism yang "berdaftar" untuk menulis sesuatu perkara berdasarkan fakta sebenar. Jawatan citizen journalism boleh diisi oleh masyarakat umum sama ada untuk menulis perkara yang betul atau menghangatkan isu tersebut ke arah positif atau negatif. Terpulang kepada masyarakat untuk menilai dari segi mana namun pada pendapat saya saya kurang percaya berita yang disebarkan oleh citizen journalism.
ReplyDeleteCitizen Journalism sudah wujud apabila masyarakat kini pandai menggunakan internet sebagai mediu untuk mereka mengeluarkan apa-apa sahaja pendapat atau pandangan mengenai sesuatu isu tetapi mereka ini tidak diishtiharkan sebagai wartawan yang berkaliber kerana ada sesetengah daripada mereka menjadi 'wartawan' ini hanya untuk suka-suka dan lebihnya untuk menabur fitnah dan menokok tambah sesuatu cerita. mereka yang hanya menggunakan blog bagi menyampaikan berita ini kadang-kala hanya untuk menghangatkan suasana tetapi mereka sendiri kurang pasti mengenai isu yang sedang diperkatakan, atau lebih glamor dipanggil 'kepochi'.. jangan jadi wartawan seperti ini tau !
ReplyDeletesemenjak penggunaan internet semakin berleluasa, semakin banyak citizen journalism yang wujud di dalam alam maya. Apabila mereka mempunyai berita terkini, mereka dengan pantas menyebarkan berita tersebut di media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagianya. mereka tidak mencari kesahihan berita tersebut terlebih dahulu sehingga ada kalanya mengaibkan orang lain. Orang awam pula lebih suka membaca berita seperti ini kerana cepat dan mudah difahami berbanding journalis yang sebenar.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pendapat yang di ketengahkan oleh sahabat-sahabat di atas. Sebagai mahasiswa yang mempunyai daya pemikiran dan buah pandangan yang bernas, kita juga boleh menjadi wartawan warga pada bila-bila masa sahaja. Hal ini demikian kerana, apa yang kita lihat di depan mata, maka itulah "berita" yang kita sampaikan. Selain itu juga, banyak manfaat yang diperoleh apabila kita berkecimpung dalam bidang wartawan warga ini. Kita bebas melaporkan pandangan diri sendiri mahupun orang lain.Contohnya, pada harini ini kita telah menyaksikan kebanyakkan blog-blog telah diwujudkan yang memaparkan pelbagai isu dan disalutkan imej, video dan sebagainya untuk orang ramai mengetahuinya. Sebagai kesimpulannya, wartawan warga sememangnya memudahkan sesuatu isu itu disampaikan yang menunjukkan kebenaran ataupun kepalsuan yang sebenar.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepada pandangan saya citizen journalism ini juga dapat membantu kita sebagai golongan muda yang berminat untuk menjadi wartawan untuk kita menonjolkan kita punya minat dalam bidang ini. Namun demikian kita perlulah mengetahui selok-belok tentang ilmu dalam bidang ini. hal ini kerana perkara ini akan mendatangkan kesan yang negatif jika silap percaturan yang dilakukan. seperti yang kita sedia maklum kadang-kadang menjadi wartawan warga banyak mendatangkan keburukan kerana kita tidak mndapat maklumat yang sahih untuk disebarkan. Kebanyakan wartawan warga ini mewujudkan blog mereka sendiri untuk berkongsi berita dengan masyarakat luar dengan lebih cepat. Namun terdapat banyak tokot tambah yang diselitkan untuk menghangatkan lagi sesuatu berita. Jadi kepada pembaca pandai-pandailah untuk menilai baik dan buruk berita yang diterima.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya berpendapat media baru yang muncul ini telah membuatkan wartawan warga mula mendominasi cara perolehan berita. Ia membuatkan wartawan profesional yang bekerja di syarikat penerbitan akhbar tergugat dengan berita yang disiarkan oleh wartawan warga jika dibandingkan dengan berita di ruangan akhbar. Hal ini kerana wartawan warga lebih aktif dalam menyampaikan berita tanpa perlu menunggu masa untuk disiarkan iaitu hanya dengan satu button klik sahaja berita mereka sudah sampai kepada orang ramai.
ReplyDeletebagi pendapat saya, media baru banyak kelebihan dan tidak lupa juga ada banyak kekurangannya. hal ini kerana, berita yang disampaikan lebih cepat namun kadang-kala ia tidak ditapis dan disahkan kebenarannya sehingga membawa kepada fitnah.
ReplyDeletepada pendapat saya, pada masa kini wartawan warga amat diperlukan kerana kita sering mendapat berita yang sering dipotong oleh mana-mana stesen tv atau di mana-mana media cetak. dengan kemunculan wartawan warga dalam media baru, kita boleh mendapatkan cerita yang sebenar bagi sesuatu peristiwa yang terjadi. hal ini kerana semua orang boleh menjadi wartawan warga tidak kira tua mahupun muda asalkan mereka ada berita yang ingin disampaikan kepada pembaca.
ReplyDelete'wartawan segera' ini wujud semenjak kewujudan dan perkembangan dunia teknologi serta informasi ini. 'Wartawan segera' ini kebanyakan mendapat informasi daripada sumber yang adakala tidak tepat jauh menyimpang daripada sumber yang sahih dan benar. Disebabkan kewujudan wartawan inilah dunia menjadi huru-hara dengan penyebaran maklumat yang tidak tepat malahan boleh menimbulkan fitnah kepada individu lain. 'wartawan segera' ini juga layak digelar keyboard warrior.
ReplyDelete