Saturday, 11 April 2015

Second Life Game

                    
 
Second Life merupakan permainan atas talian yang dibangunkan oleh San Francisco. Permainan ini dirasmikan pada 23 June 2013. Tetapi bermula dari tahun 2014 permainan ini lebih dikenali sehingga mencapai 1 million pengguna yang bermain permainan ini. Pada Mac 2009 permainan Second Life mencatat kedudukan tertinggi dalam statistik permainan atas talian.
Permainan ini tidak mempunyai objektif yang ditetapkan oleh syarikat kerana  pemain itu sendiri yang mencorak Second Life mereka. Avatars ini mencerminkan perwatakan pemain di dunia nyata. Pemain juga boleh menggunkan fotograf atau digital camera dan program untuk menggerakkan Avatars tersebut supaya kelihatan hidup.       
                             





Permainan Second Life mempunyai kesan baik dan kesan buruk. Permainan ini menjadi tumpuan ramai kerana mereka dapat memperolehi perkara yang mereka tidak mampu capai dalam dunia realiti seperti rumah besar, pakaian mahal, dan sebagainya. Manakala kesan buruk yang dapat dilihat, pemain akan meluangkan masa yang terlalu lama untuk mencipta kehidupan mereka dalam Second Life. Terdapat juga pemain yang bermain sehingga 20 jam tanpa makan dan tidur. Mereka berharap apa-apa yang mereka cipta dalam Second Life akan menjadi kenyataan.

Di dalam Second Life, pemain digelar sebagai Residents manakala ciptaan mereka digelar sebagai Avatars. Avatars yang mereka cipta mampu berinteraksi dengan avatars yang lain, tempat ataupun objek tanpa sempadan. Avatar ini boleh menjadi manusia, haiwan, barang dan apa-apa sahaja yang pemain ciptakan. Avatars juga mampu untuk berjalan, terbang, berlari, dan mengakses sesuatu seperti yang bermain dalam fikiran pemain.

Kebiasaannya pemain yang telah lama bermain permainan ini akan berasa ralat kerana mereka tidak mempunyai masa bersama orang yang tersayang dan ahli keluarga. 

9 comments:

  1. second life game adalah permainan online pertama yang pernah saya dengar dalam kelas. apa yang saya lihat dalam video ini adalah permainan ini terdapat kelebihan dan kekurangannya. permainan ini kebanyakannya diperolehi oleh mereka yang berusia 20tahun keatas. ada daripada mereka yang melayari permainan ini lebih daripada 20 jam sehari. apabila dilihat kembali, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya permainan ini diteruskan. antaranya seperti hubungan kekeluargaan akan semakin renggang dan kesihatan badan akan semakin tidak sihat. ada juga dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin tetapi masih bermain dengan permainan online ini sehingga hubungan suami isteri semakin renggang. walaupun ada keburukannya juka bemain permainan ini, kebaikannya juga ada. antaranya seperti mereka dapat mencari kenalan baru dan juga boleh memiliki apa-apa sahaja yang mereka tidak dapat dalam dunia realiti seperti rumah, kedai, kereta dan sebagainya.
    ^_^

    ReplyDelete
  2. pada pandangan saya second life game ini bukan lah sesuatu permainan yang bagus untuk masyarakat. hal ini kerana melalui permainan ini memberi banyak keburukan berbanding dengan kebaikan yang diperolehi. seperti yang saya lihat dalam video apabila seseorang individu itu bermain dengan second life game ini seolah-olah mereka tidak mempunyai erti kehidupan yang sebenar. kesan buruk yang dapat dilihat adalah mereka menghabiskan masa 24 jam hanya dihadapan komputer semata-mata untuk mewujudkan kehidupan yang mereka impikan melalui second life game ini. Ada yang sanggup makan dan tidur dihadapan komputer berhari-hari. Perkara ini akan memberi kesan lebih buruk kepada kesihatan individu itu juga. Namun kalau dilihat dari segi kebaikan adalah second life game ini juga mampu merapatkan hubungan dengan lebih ramai orang serta menambahkan lagi kenalan.

    ReplyDelete
  3. Setelah meneliti apa itu second life, barulah saya mengerti bahawa penciptaan dalam dunia ini benar-benar canggih. Pada pendapat saya, permainan ini merupakan satu penciptaan yang sangat unik iaitu permainan di alam maya. Bukan setakat golongan dewasa yang mampu bermain, bahkan kana-kanak jua turut serta. Salah satu contoh permainan yang dikenali second life iaitu "game". Kebiasaanya, game yang diaplikasi seperti peperangan. Game ini juga boleh dimua turun dalam mana-mana medium seperti Personal Komputer (PC), Android dan sebagainya. Namun, terdapat kelebihan dan kekurangannya apabila seseorang itu ketagih untuk bermain permainan second life ini. Antaran kebaikannya iaitu dapat menghilangkan tekanan hidup manakala kekurangannya ialah merenggangkan hubungan kekeluargaan apabila mereka yang bermain itu terlalu gemar sehingga melupakan tanggungjawab terhadap keluarga.

    ReplyDelete
  4. pada pendapat saya, second life game tidak begitu baik untuk diamalkan. Hal ini kerana ia dapat melalaikan manusia dan membuat manusia lupa akan dunia realiti dan lebih seronok dengan dunia khayalan ciptaannya. Kebanyakan orang yang menggunakan second life game akan menghabiskan masanya di hadapan PC sehingga tidak mengambil kisah tentang apa yang terjadi. Malah lebih mengecewakan apabila mereka mengabaikan soal kesihatan dan makan minumnya sehingga ada yang tidak mahu untuk melakukan pekerjaan lain.

    ReplyDelete
  5. Permainan second life telah lama direka namun baru mencapai tahap populariti yang tinggi beberapa tahun yang lepas . Permainan yang tiada syarat dan tiada objektif tersebut mendatangkan kepuasan bagi mereka yang ingin mencipta sendiri kehidupan mereka mengikut kemahuan dan kehendak individu. namun bagi pendapat saya , permainan tersebut amat merugikan masa saya kerana saya perlu meluangkan masa yang lama untuk mencipta masa depan saya dalam kehidupan second life sedangkan saya boleh menjalani kehidupan pada hari ini dengan tenang dan mencabar kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan nanti. Perlukah saya mencipta second life sedangkan saya bahagia dengan kehidupan sekarang ?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. pada pandangan saya, aplikasi permainan yang banyak dimainkan atau di muat turun ke smartphone atau komputer memberi implikasi kepada pengguna tersebut. yang mana terbahagi kepada 2 pro dan kontra. salah satunya ia dapat memberi satu kepuasan untuk melepaskan rasa tekanan terhadap sesuatu perkara atau benda yang membebankan. iaitu dipanggil sebagai escapism yang pengguna tidak mahu fikirkan atau elak. dari sudut satu lagi, aplikasi permainan yang dimainkan oleh pengguna juga memberi impak negatif seperti membuatkan diri pengguna tersebut leka dan mungkin tidak sedar akan keadaan sekeliling yang sedang berlaku. contohnya pergaulan dengan orang yang dekat dengan mereka ataupun kehidupan yang tidak teratur dari segi masa dan waktu

    ReplyDelete
  8. pada pendapat saya, permainan second life ini tidak patut diwujudkan. ini kerana permainan seperti ini banyak memberi kesan buruk kepada seseorang jika ia mula dimainkan. mengapa saya berkata begitu kerana permainan ini menghadkan masa seseorang dengan orang lain dan membuatkan seseorang itu leka dengan permainan tersebut dapat memenuhi impian yang tidak dicapai walaupun dalam realiti mereka bukan begitu. selain itu, mereka juga tidak sedar apa yang akan terjadi di sekeliling mereka.

    ReplyDelete
  9. Second Life Game bagi saya sebenarnya bersifat menipu diri sendiri. Hakikat yang dilalui dalam dunia sebenar tidak diterima oleh individu itu sendiri kerana kebanyakan individu ini menvisualkan diri mereka jauh daripada identiti yang asal. Sebagainya

    ReplyDelete