Friday, 24 April 2015

Blogs/sites that relates to womens (Women'sHealth)



'Women'sHealth' adalah untuk wanita yang mahu mencapai tahap kesihatan dan berat badan yang menarik. Blog 'Women's Health' merupakan salah satu rujukan yang terbaik kerana ia membincangkan tentang kesihatan, hubungan cinta, kehidupan, makanan, kecantikan dan lain-lain. Blog ini menumpukan perhatian kepada golongan wanita iaitu tentang isu kesihatan dan gaya hidup sihat sebagai seorang wanita. Kebanyakan wanita yang mengikuti blog ini adalah golongan yang sangat menitikberatkan tentang kesihatan dan penampilan diri. Dalam blog ini juga dimasukkan video-video berbentuk senaman dan juga tutorial tentang isu yang dibahaskan untuk memudahkan lagi pengikut blog ini untuk memahami dengan lebih jelas. Dibawah terdapat link video-vodeo untuk tontonan:http://www.womenshealthmag.com/video#/video/all

10 comments:

  1. Tidak dinafikan bahawa golongan wanita lebih mengambil berat berkaitan penampilan dan kesihatan,namun tidak mustahil juga ada golongan lelaki yang gemar melayari blog woman's health bagi mendapat ilmu pengetahuan sama ada untuk diri sendiri atau di aplikasikan kepada individu lain. Namun blog woman's health sangat berguna kepada semua golongan jantina terutama bagi mereka yang mengalami masalah yang memerlukan penjagan kesihatan yang rapi dan saya juga sering mengaplikasikan perkara yang diajar melalui blog tersebut... i love woman's health

    ReplyDelete
  2. Saya pernah baca Women' Health melalui majalah sahaja. Saya baru tahu Women's Health boleh didapati melalui online atau blog. Saya seorang yang menitikberatkan soal kecantikan wajah dan diri kerana saya merupakan Perunding Kecantikan Mary Kay. Setiap tips yang diajar di dalam majalah akan saya adaptasi dalam kehidupan seharian. Selain itu, blog online ini mampu menarik minat pembaca masa kini kerana mereka dengan mudah dapat mengakses dengan mudah dan cepat.
    Kini, saya akan mudah untuk membaca mengenai kecantikan di Women'd Health dgn hanya menggunakan internet di mana2 sahaja. Teknologi sangat memudahkan manusia kini.

    ReplyDelete
  3. Pada abad yang serba maju ini, ramai yang memilih untuk mencari informasi dengan menggunakan teknologi kerana ia lebih mudah. Saya juga lebih suka mencari informasi tentang penampilan diri dan gaya hidup sihat di blog yang berkenaan seperti Women's Health ini. Blog Women's Health ini juga banyak memberi tip-tip yang berguna kepada saya. Bila ada blog seperti ini, orang ramai dapat mengisi masa lapang dengan membaca informasi yang berfaedah. Blog Women's Health memang blog yang terbaik untuk di jadikan contoh kepada semua blogger :)

    ReplyDelete
  4. Tidak dapat dinafikan zaman sekarang ini ramai kaum wanita lebih memberi tumpuan kepada penampilan diri mereka serta mereka sering menekankan kepada aspek kecantikakan terlebih dahulu..dengan adanya blog women's Health ini saya percaya akan ada lebih ramai kaum wanita yang mengikuti blog ini. Hal ini kerana melalui blog ini mereka akan mendapatkn tip-tip yang berguna untuk kesihatan tubuh mereka. Selain itu juga, mereka bOleh jadikan blog sebagai rujukan walau diman sahaja. Ini kerana dunia serba canggih dimana semua yang kita inginkan boleh diketahui dengan mudah serta dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan

    ReplyDelete
  5. Wanita merupakan golongan yang boleh dikategorikan yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran.Mereka sanggup melakukan apa saja termasuk menghabiskan wang ringgit demi menginginkan bentuk tubuh badan yang mereka inginkan. Bagi wanita yang lebih mementingkan bentuk fizikal yang cantik, mereka akan meluangkan masa ke gym untuk bersenam dan menyihatkan badan. Disamping itu juga, Blog Women's Health yang dibincang oelh kawan-kawan diatas adalah salah satu alternatif yang sangat baik untuk digunakan sebagai panduan kepada wanita diluar sana yang memnetingkan tubuh badan yang sihat.

    ReplyDelete
  6. kesihatan dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dengan wanita. dua perkara ini memang diambil berat oleh golongan wanita kerana ia merupakan aset penting bagi diri mreka sama ada sebelum atau selepas mendirikan rumahtangga. mereka sanggup berhabis wang agar mereka sentiasa kelihatan menarik dimata semua orang. oleh itu, blog Women Health 's ini amat sesuai dikunjungi oleh wanita yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan dalam masa yang sama sibuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri mereka. dalam blog ini terdapat pelbagai panduan yang boleh diamalkan oleh golongan wanita. dengan adanya teknologi yang semakin canggih wanita boleh mengakses blog ini dimana sahaja mereka berada sama ada waktu berkerja mahupun waktu cuti hujung minggu.

    ReplyDelete
  7. Pada zaman yang serba moden kini, kecantikan luaran dan dalaman adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh setiap orang terutama golongan wanita. Berdasarkan blog Women Health's ia merupakan blog yang sangat sesuai untuk golongan wanita. Wanita kini, lebih gemar berhabis ribuan ringgit untuk mencantikkan diri. Malah, ada juga yang sanggup menyakiti diri sendiri untuk mendapatkan tubuh badan dan kecantikan diri yang diinginkan. Namun bagi saya, saya lebih gemar mengakses blog yang berkaitan kesihatan kerana ia lebih menjimatkan masa dan wang ringgit. Tidak semestinya membeli atau memakai barangan yang mahal dapat memiliki kecantikan yang diidamkan.

    ReplyDelete
  8. Sememangnya wanita dan kecantikan itu tidak dapat dipisahkan dan wanita itu mahu sentiasa kelihatan cantik dan ada juga yang obses untuk cantik. Jadi, dengan adanya blog sebegini ia akan menjadi satu platform yang boleh dilawati oleh mereka yang mahukan tips tertentu yang boleh dicapai di hujung jari dan di mana-mana sahaja.

    ReplyDelete
  9. Blog yang memuatkan infomasi dan tips yang memberikan fokus kepada wanita secara keseluruhannya tidak hanya terdapat di Women'sHealth sahaja dan ia boleh diperolehi di blog atau website yang lain juga.

    ReplyDelete
  10. Sebagai seorang lelaki, saya berpendapat wanita seharusnya menjaga kesihatan bukan hanya untuk suami tercinta (bagi seseorang wanita yang bergelar isteri) tetapi untuk penampilan peribadi bagi keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Banyak majalah dan laman web yang mempunyai panduan dan tips penjagaan kesihatan yang baik untuk wanita.

    ReplyDelete