Saturday, 9 May 2015

Blogging VS Vlogging


Dahulu, ramai generasi yang hidup dalam dunia teknologi moden ini menggunakan blog sebagai menzahirkan atau meluarkan emosi dan idea mereka. Namun kini, sungguhpun blog menjadi kegunaan sebahagian pengguna tegarnya Vlog juga menjadi suatu medium meluahkan emosi secara terus dengan melakukan rakaman video yang berdurasi dengan minimum 60 saat meluahkan apa yang ingin diperkatakan dan dikongsikan.

Persoalan, pada pendapat anda...

Antara blog dan vlog mana yang anda pilih? Nyatakan sebab anda.

Apakah perkongsian yang akan anda berikan dalam medium sosial dinyatakan anda dalam soalan di atas?


10 comments:

  1. Pada pandangan saya, blog dan vlog mempunyai manfaat dan kepentingan masing-masing kepada mereka yang melewatinya. Yang membezakannya adalah cara penyampaian melalui medium tersebut sahaja. Sejak kebelakangan ini juga, kita melihat dunia yang tidak terbatas ini telah mewujudkan tekonologi yang tidak terbatas. Semakin lama, semakin maju dunia teknologi hari ini. Mereka yang tidak puas hati terhadap mana-mana pihak juga akan menggunkan medium seperti vlog dan blog ini sebagai untyuk menunjukkan perasaan mereka yang sebenar. Tidak dapat dinafikan juga, ada yang membawa keabikan namun hanyalah segelintir sahaja. Sebagai contoh, Mat Lutfi seorang blogger yang sangat popular dengan idea yang bernas semasa menyampaikan maklumat melalui vlog dan blognya. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada vlognya. Pada pandangan saya juga, saya lebih menyukai vlog berbanding blog, hal ini demikian kerana,melaui vlog, kita dapat melihat dengan masa kasar berbanding denga blog yang hanya boleh dibaca melalui lisan. Bagi saya juga, komunikasi melalui dua mata adalah komunikasi yang sangat berkesan dan sangat difahami.

    ReplyDelete
  2. teradapat perbezaan diantara blog dan vlog. diantara blog dan vlog masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. bagi diri saya, saya akan memilih blog kerana blog kita boleh menulis apa sahaja yang kita rasai, apa yang kita lihat disekeliling kita, apa yang berlaku pada negara dan apa-apa sahaja yang kita ingin tulis. namun vlog kita boleh luahkan segala-galanya tetapi kesan yang akan kita hadapi bila vlog kita ditonton oleh masyarakat sekeliling dan mereka tidak dapat menerima vlog kita tersebut. dan perkongsian yang saya akan berikan dalam medium sosial ialah berkaitan dengan diri seorang wanita.

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan saya, blog dan vlog mempunyai manfaat dan kepentingan masing-masing kepada mereka yang melewatinya. Yang membezakannya adalah cara penyampaian melalui medium tersebut sahaja. Sejak kebelakangan ini juga, kita melihat dunia yang tidak terbatas ini telah mewujudkan tekonologi yang tidak terbatas. Semakin lama, semakin maju dunia teknologi hari ini. Mereka yang tidak puas hati terhadap mana-mana pihak juga akan menggunkan medium seperti vlog dan blog ini sebagai untyuk menunjukkan perasaan mereka yang sebenar. Tidak dapat dinafikan juga, ada yang membawa keabikan namun hanyalah segelintir sahaja. Sebagai contoh, Mat Lutfi seorang blogger yang sangat popular dengan idea yang bernas semasa menyampaikan maklumat melalui vlog dan blognya. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada vlognya. Pada pandangan saya juga, saya lebih menyukai vlog berbanding blog, hal ini demikian kerana,melaui vlog, kita dapat melihat dengan masa kasar berbanding denga blog yang hanya boleh dibaca melalui lisan. Bagi saya juga, komunikasi melalui dua mata adalah komunikasi yang sangat berkesan dan sangat difahami.

    ReplyDelete
  4. pada pandangan saya pula blog dan Vlog ini mempunyai keistemewaan tersendiri. Ini kerana kita sebagai manusia mempunyai minat masing-masing, adanya lebih suka berkongsi pandangan dan cerita mereka melalui tulisan dan ada juga yang lebih suka mengekspresikan sesuatu perkara melalui lakonan meraka bergantung kepada kepuasan yang akan mereka rasai. Bagi saya pula saya lebih memilih blog berbanding dengan Vlog, yang mana saya lebih suka meluahkan sesebuah pandangan atau cerita yang saya ingin kongsikan melalui penulisan wlaupun tidak mempunyai bakat dalam penulisan tapi dengan menulis dapat memberi kepuasan kepada diri saya. Jika menulis blog perkongsian yang ingin saya berikan adalah mengenai pahit manis dan cabaran dalam kehidupan yang dilalui didunia ini. Walau apa pun medium yang kita gunakan samaada Blog atau Vlog kita perlulah bersedia menerima apa sahaja komen daripada orang lain tidak kira positif ataupun nagatif.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, saya lebih suka melayari blog berbanding vlog kerana saya merasakan blog akan mempunyai lebih banyak infomasi yang dikongsikan oleh blogger seperti entri yang ditulis dengan foto-foto yang menarik. Kebiasaannya saya akan melayari blog yang dimiliki oeh Fatin Liyana dengan Irine Nadia yang mana entri yang dimuatkan dalam blog ini berkisarkan dengan kehidupan mereka sendiri dan ada juga berkisarkan perniagaan yang mereka jalankan. Sekiranya saya berkesempatan untuk berkongsi entri blog dengan orang lain, saya akan memberi fokus kepada entri yang mampu menarik pembaca mengenai isu yang berguna dan membina di samping perkongsian tentang kehidupan sendiri yang membuatkan pembaca sentiasa membuka blog dan membaca kandungan entri itu tanpa rasa jemu atau membosankan.

    ReplyDelete
  6. bagi pendapat saya, kedua-dua medium ini mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Hal ini kerana untuk berkongsi pendapat atau untuk meluah rasa, kita ada cara kita sendiri. Namun bagi saya, saya lebih memilih untuk berkongsi melalui blog berbanding vlog. Bal ini kerana saya lebih memilih untuk menulis daripada meluahkan melalui lisan. Bagi saya, meluah atau berkongsi melalui blog lebih baik kerana saya dapat menyampaikan apa yang ingin diluahkan dengan penuh penghayatan.

    ReplyDelete
  7. Hurm... Bagi pendapat Saya, blog dan vlog sebenarnya memberi gambaran kepada kita macam mana kemajuan dalam dunia masa kini mengenai dunia siber. Mengekspressikan perasan merupakan suatu perkara utama dalam menyampaikan sesuatu dan memberikan informasi tertentu. Sebagai contohnya, yang terkini seorang remaja lelaki di tahan kerana menghina Mendiang Lee Kuan Yew yang telah meninggal dunia pads 23 Mac 2015 yang lalu.
    Bagi saya, penggunaan vlog lagi effisien berbanding blog kerana masalah salah tafsir. Melalui vlog penonton akan memahami kaedah verbal dan nonverbal dalam penyampaian kita berbeza dengan penulisan dalam blog yang nada pembacaan itu hanya bergantung kepada pembacaan individu yang membaca. Adakalanya ayat yang ditulis biasa sahaja tetapi di salah tafsir dengan nada pembacaan yang marah.
    Perkongsian yang akan saya kongsikan adalah mengenai sesuatu perkara yang baharu, perkongsian pendapat dan pandangan, serta perkara-perkara yang positif selagi tidak bertentangan dengan undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan negara

    ReplyDelete
  8. Hmm bagi saya, saya lebih prefer tgk vlog dari blog sebag apa yg kita baca kadang2 tak melambangkan apa yg org tu rasa. Tapi kalau dengan vlog, sekurang-kurangnya kita nampak dan apa yang diperkatakan dalam vlog tersebut nampak dan mudah difahami. Saya selalu melihat vlog seperti Mat Luthfi sebab apa yang dia cuba sampaikan memang selalunya isu semasa dan kena dengan generasi masa kini. Kalau dulu sebelum ada vlog, sememangnya saya akan membaca blog tetapi saya jarang mempercayainya lebih2 lagi blog mengenai politik. Jika saya mahukan berita mengenai isu semasa, saya akan membuka laman web seperti MyMetro ataupun Berita Harian Online. Well, dua2 pon boleh pakai, blog dan vlog. :-)

    ReplyDelete
  9. saya memilih vlog sebab saya ni pengguna teknologi yang pasif (malas membaca). lagi pun vlog lebih menarik perhatian. sebelum saya mengetahui tentang vlog ini, saya sering membaca blog. hakikatnya vlog dan blog mempunyai kelebihan tersendiri. saya lebih gemar berkongsi tentang gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  10. Vlog menjadi pilihan saya kerana saya boleh mengekspresi perkara yang saya mahukan tanpa melalui proses yang rumit seperti menulis dan tapis perkatakaan dan perkara lain. Melalui vlog saya dapat meluahkan melalui kata -kata dan perbuatan saya dengan cepat dan tidak perlu membaca dan menulis dengan teliti. Vlog dan Blog mempunyai tarikan tersendiri terpulang kepada personaliti pengguna.

    ReplyDelete