Main ialah satu aktiviti
bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara langsung. Ia
merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau
keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi ditetapkan
dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur.
Permainan pula merupakan
satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang
ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal
pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan. Selain itu juga permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama
ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh
dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.
Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang
menang dan ada yang kalah. Boleh juga seri. Permainan yang melibatkan aktiviti
fizikal biasanya dipanggil sukan.
Sukan ialah satu
pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia
mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang
dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu
perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal.
Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau
penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain.
Permainan
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
·
Permainan berasaskan
kemahiran
·
Permainan berasaskan
strategi
·
Permainan berasaskan
nasib
Sesetengah
permainan pula menggabungkan dua atau tiga elemen di atas.
Contoh-contoh
permainan ialah:
·
Congkak
·
Daun terup
·
Gasing
·
Guli
·
Yo-yo
Ada
juga permainan yang berasaskan komputer seperti:
·
Pac-Man
·
Tekken
·
dota 2
Persoalan, pada pendapat anda...
Permainan apakah yang anda gemari? Permainan tradisional atau komputer?
Adakah kegemaran anda terhadap suatu permainan ini akan menyebabkan anda kurang bergaul dengan komuniti?
Seandainya anda mempunyai sebuah keluarga yang besar, permainan apakah yang akan anda wariskan kepada generasi akan datang?
.jpg)
.jpg)
.jpg)



pada pendapat saya, antara permainan tradisional dan permainan komputer saya lebih gemar akan permainan tradisional kerana ia merupakan permainan yang diwarisi sejak nenek moyang kita dahulu. permainan tradisional yang paling saya gemari ialah congkak dan bermain konda-kondi. mengapa saya gemar bermain dengan permainan tradisional adalah kerana boleh mengeratkan silaturrahim dan merapatkan hubungan walaupun berlainan bangsa. bagi saya permainan komputer yang akan menyebabkab kita kurang bergaul dengan komuniti kerana ia hanya bermain seorang diri sama ada bermain di pc mahupun di telefon bimbit atau lebih canggih smartphone dan ipad. seandainya saya mempunyai keluarga pada masa akan datang, saya akan mewarisi permainan tradisional daripada permainan komputer kerana saya tidak mahu generasi akan datang lupa akan asal usul permainan sebelum datangnya permainan komputer yang semakin merenggangkan hubungan.
ReplyDeletePermainan tradisional merupakan permainan yang sangat disukai pada waktu ketika dahulu seperti gasing, congkak, batu seremban. Selain menjadi kesukaan kita, ianya mdapat mengeratkan hubungan silaturahim anatara kita. Namun, pada dunia yang semakin canggih ini, semakin hari semakin ianya dilupakan. Kini kanak-kanak yang berusia 2 tahun pun telah di dedahkan kepada dunia gadget yang memutakan pelbagai game yabng bersifat Andriod. Sebagai contoh, Plants Vs Zombie, Angry birds dan lain-lain lagi. Pada pandangan saya, perkara sebegini bagus, tetapi ianya mendatangkan kesan kepada kanak-kanak jika ianya kerap kali terdedah kepada dunia ini. Mereka akan lupa untuk bergerak dan hanya fokus kepada game itu sahaja. Disamping itu, hubungan antara keluarga juga akan renggang jika tabiat tersebut di bawa sehingga mereka dewasa. Selain itu, ada satu lagi game yang menjadi ketagihan rakyat Malysia iaitu Clash Of Clan. Game ini sangat berkesan sehingga mereka yang bermain lupa tanggungjawab masing-masing. Sekaligus, tidak menghiraukan persekitaran mereka. https://forum.lowyat.net/topic/3466382/all . Merujuk link yang telah diberikan, permainan itu boleh melalikan sesiapa sahaja jika mereka tidak mampu mengawal diri masing-masing. Sejujurnya, saya bukan tidak menyukai game tersebut, tetapi peribadi insan yang bermain game tersebut yang tidak tahu menguruskan antara game dan tanggungjawan mereka.
ReplyDeletepada pandangan saya pula saya lebih menggemari permainan tradisional berbanding dengan perminan komputer. Hal ini kerana, saya lebih terdedah dengan permainan tradisional semenjak saya kecil lagi. Antara permainan tradisional yang sering saya main dan sukai adalah permainan congkak dan guli. Dengan bermain permainan ini bersama-sama dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim kita diantara satu sama lain. Namun pada masa kini, permainan tradisional itu semakin pupus dan dilupakan oleh anak-anak sekarang kerana mereka kini terlebih didedahkan dengan permainan komputer berbanding permainan tradisional. Anak-anak sekarang lebih suka bermain permainan komputer tetapi permainan komputer lebih banyak memberi kesan negatif berbanding kesan positif dimana mereka kurang lagi untuk bergaul bersama-sama rakan-rakan yang lain dan lebih memberi tumpuan kepada komputer sahaja. Seandainya saya mempunyai keluarga yang besar kelak ingin sekali saya mewariskan permainan tradisional kepada keluarga saya. Ini kerana saya tidak ingin permainan tradisional yang wujud sejak zaman nenek moyang kita ini terus dilupakan begitu sahaja dan tenggelam dibawah arus zaman.
ReplyDeleteJika dilihat dengan situasi sekarang ini yang mana teknologi semakin canggih dan juga kitaran hidup kita yang sentiasa sibuk, permainan yang akan saya pilih untuk melepaskan tekanan kerja atau di masa lapang tentunya permainan dalam aplikasi telefon atau komputer sahaja. Ini kerana ia lebih mudah di akses di mana-mana sahaja tanpa perlukan tempat permainan seperti di padang atau taman permainan. Contoh paling mudah saya ambil ialah permainan Yummy Gummy yang saya selalu main sebelum saya tidur di waktu malam selepas seharian berada di luar rumah.
ReplyDeleteTetapi jika dilihat dari sudut lain permainan yang mahu diwarisi kepada generasi akan datang tentunya permainan tradisi supaya permainan tersebut tidak akan pupus di telan zaman ekoran daripada perubahan teknologi yang semakin moden dan canggih.
ReplyDeleteBagi pendapat saya, permainan tradisional adalah permainan yang sememangnya banyak memberi nilai-nilai murni dalam perhubungan. Pada zaman kecil, saya lebih gemar bermain congkak dan konda-kondi kerana ia menguji kekuatan dan pemikiran kita. Saya lebih gemar bermain congkak kerana ia lebih mengeratkan lagi tali silaturrahim berbanding perminan moden yang lebih bersifat alam maya. Permainan moden seperti Candy Crush dan Zombi membuatkan kita lebih banyak menumpukan perhatian pada gadjet berbanding perhubungan antara manusia.
ReplyDeleteSaya lebih prefer dengan mainan tradisional kerana bagi saya permainan tradisional lebih kepada kerakyatan dan hubungan kita dengan keluarga dan rakan-rakan akan lebih rapat dan dapat mengeratkan lagi hubungan. Saya pernah main permainan komputer tetapi saya jarang bermain kerana kurang gemar. Lagipun saya perasan bila saya main permainan komputer atau online, hubungan saya dengan kawan-kawan akan jadi rengangg. Walaupun jarang saya main tapi pernah la dalam seminggu 2 3 kali itupun sebelum tidur.
ReplyDeleteHurm... Saya lebih kepada permainan tradisional kerana saya dibesarkan dengan permainan tradisional. Permainan siber adalah bersifat individualistik kurang bergaul dengan komuniti. Dari segi warisan sudah pasti saya akan wariskan permainan tradisional kerana permainan tradisional ini sebagai suatu warisan turun-temurun
ReplyDeletesaya lebih suka bermain permainan komputer kerana ia tidak perlu banyak bergerak. walaubagaimanapun, saya tetap menyokong permainan tradisional. diakui, bila saya bermain permainan komputer saya sedikit terasing dengan kawan-kawan sebab permainan komputer perlukan fokus. tetapi saya tidak mengambil masa yang sangat lama sewaktu bermain game. saya akan mewariskan permainan tradisional kepada anak-anak saya nanti. kerana permainan tradisional dapat mengimbau kenangan sewaktu kanak-kanak.
ReplyDeleteMain dan permainan merupakan satu perkara yang penting terutama zaman kanak-kanak yang tidak perlu berfikir panjang tentang masalah masa hadapan. Bagi saya permainan tradisional menjadi pilihan kerana saya dapat meneruskan warisan turun-temurun yang telah dicipta oleh keturunan yang terdahulu. permainan moden lebih kepada pemikiran dan tidak perlu untuk bergaul akan menyebabkan saya menjadi kurang kawan. manakala permainan tradisional membolehkan saya ber senam dan mempelajari permainan warisan di mata warga negara lain walaupun dunia telah merentasi era tanpa sempadan.
ReplyDelete